Monday, November 11, 2013

Fungsi dan Kegunaan Blog

Definisi Blog


Web Log atau yang sering juga disebut BLOG adalah sebuah diari atau catatan-catatan peribadi yang disimpan secara online dan umumnya bersifat terbuka bagi siapa saja yang ingin membacanya. Ianya juga mengandungi petikan dari sumber-sumber lain yang sengaja diterbitkan kembali dalam satu tempat.

Blog juga sama dengan laman -laman web atau web yang sering anda temui di internet. Kandungannya merupakan kebebasan penuh dari pemilik sesebuah blog.Para blogger disyorkan supaya lebih ke arah memberi pengetahuan yang bermanfaat.

Fungsi dan Kegunaan Sebuah Blog
Dengan memiliki Blog,kita dapat melatih kemampuan dalam menyampaikan suatu maklumat atau hal- hal lain yang ingin kita sampaikan kepada orang lain tanpa bermaksud menggurui atau syok tentang apa yang kita ketahui kepada pembaca. Dengan memiliki Blog kita dapat memperolehi banyak idea dari pelbagai sumber yang memberikan komentar atas tulisan yang kita terbitkan di Blog yang kita telah bina dan akan menjadi pacuan semangat kita dalam mencari pola dan gaya berfikir yang kreatif dan positif tentang apa yang boleh kita lakukan dan bermanfaat bagi diri sendiri mahupun bagi orang lain. 

Sudah ramai orang-orang yang meraih kejayaan hanya dengan memiliki sebuah Blog kerana Blog bersifat terbuka bagi sesiapa saja sehingga yang ingin menjadikan blog sebagai satu cara untuk mengembangkan perniagaan mereka secara online diantara dengan hasil karya tulisan yang mereka terbitkan dan disukai orang ramai yang mencari dan membacanya. Melalui Blog juga kita boleh mempunyai ramai pengikut atau rakan dari berbagai latar belakang dan negara yang terdapat persamaan berkaitan dengan isi kandungan Blog yang kita buat.

Kebelakangan ini ,fungsi sebuah Blog tidak hanya sebagai prasarana perkongsian maklumat yang bersifat umum, namun lebih cenderung sebagai penghubung diantara pemilik blog dan klien untuk mempromosi jualan atas sesuatu produk atau juga Program Perniagaan. Kini keadaan membimbangkan kerana terlalu banyak kemunculan bermacam Blog yang mengutarakan kandungan yang kurang mendidik , ataupun kandungan-kandungan dewasa(adult contents) yang berpotensi merosakkan gaya pemikiran pembaca atau rakyat Malaysia amnya daripada aspek moral dan pendidikan.

Kecanggihan teknologi ketika ini seharusnya mampu merapatkan jurang pengetahuan bermanfaat sesama kita , jadi gunakanlah secara bijak apa yang boleh anda lakukan melalui media Blog.